Mahir Pertanian Pintar - Kelas Mahir Pertanian Pintar (Minggu 10: Keperluan Asas Tanaman dan Pembajaan)
3 April 2026 | Aktiviti Terkini2 April 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi Kelas Mahir Pertanian Pintar pada Minggu 10 iaitu Keperluan Asas Tanaman dan Pembajaan.
Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta tentang faktor-faktor penting yang mempengaruhi pertumbuhan tanaman serta cara memastikan tanaman mendapat nutrien yang mencukupi.
Di samping itu, kelas ini menekankan kepentingan penggunaan teknik pembajaan yang betul dan selamat, termasuk cara menabur baja, pembajaan secara siraman dan penggunaan sistem fertigasi. Amalan ini penting bagi memastikan nutrien diserap dengan optimum oleh tanaman serta mengelakkan pencemaran alam sekitar.
Ilmu ini dapat membantu peserta memahami potensi teknologi pertanian moden dalam meningkatkan hasil tanaman serta menyokong pembangunan sektor pertanian yang lebih inovatif dan lestari.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: